Thursday, December 3, 2009

Siapa Ambo

Ini posting ambo yang pertama sekali utk blog ini.
Ambo ad satu lagi blog iaitu http://brozabar.blogspot.com..Blog tu ambo buat untuk ambo berkongsi wallpaper dengan semua orang.Ambo tidak kisah jikalau ada sesiapa yang nak copy-paste segala wallpaper yang ada dalam blog ambo tu.Ambo sedaya upaya cuba untuk menghasilkan illustrasi/wallpaper yang islamik walaupun ambo tidaklah pandai sangat.Tetapi perasaan ingin berkongsi membuatkan ambo upload hasil kerja/artwork ambo yang ambo buat guna perisian Adobe Photoshop.Ambo hendak ambil kesempatan disini untuk buat pengumuman kepada sesiapa kawan2 ambo yang kenal ambo(maksud ambo yang satu tempat belajar dengan ambo iaitu di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) & berminat untuk belajar.Sila hubungi ambo semasa ambo masih lagi ada di kampus kerana tahun depan tahun akhir ambo disana.Ambo akan berkongsi apa2 sahaja ilmu photoshop yang ambo tahu kepada yang berminat setakat pengetahuan ambo.
Berbalik kepada blog ini iaitu blog ambofikir, ambo nak cuba keupayaan ambo di dalam penulisan berbentuk kreatif & kritikal.Ambo teringin sekali menulis tetapi oleh kerana perihal yang tertentu ambo menjadi lemah & tidak bermotivasi.Ambo mensasarkan tiga tahun lagi ambo akan menjadi seorang penulis yang baik.Ambo amat berharap ambo akan dapat kepuasan dalam menulis.
Tentang siapakah ambo,ambo tidak berminat untuk menyiarkan disini.Pada ambo cukuplah kepada yang membaca blog ambo ini kenal ambo melalui penulisan ambo.Tidak bermaksud ambo takut untuk menayangkan diri ambo,tetapi pada diri ambo tiada apa pun yang istimewa.Jikalaupun blog ambo ni tiada sesiapa pun yang baca,ambo tetap akan cuba kekalkan motivasi untuk menulis kerana dengan menulis ambo membaca.Setidak-tidaknya ambo mempunyai simpanan hasil penulisan ambo untuk ambo bandingkan di masa hadapan.Dan sudah pasti gaya penulisan,gaya berfikir ambo akan berubah seiring dengan bertambahnya umur,pengalaman dan percambahan ilmu pengetahuan.
Dan jika ada yang membaca blog ambo ini,ambillah apa2 yang baik daripada penulisan ambo ini & jika ada yang tidak berkenan di hati anggaplah itu adalah perbezaan pendapat antara kita & sudi2 lah meninggalkan komen & pesan agar ambo dapat merefleksikan balik diri ambo ini.Sekian Wallau'alam.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..

    Selamat Menulis Kawan.. ;)
    Sain lamo demo ni akan sokong demo..

    ReplyDelete
  2. teruskan 'ambo'
    unta diikat dgn tali spy tidak lari, para ulama' mengikat ilmu dgn penulisan

    ReplyDelete