Friday, December 4, 2009

Kenapa Ambo

Ganti ganti diri ambo sengaja ambo gunakan dalam penulisan blog ambo ini. Di dalam loghat Kelantan,ambo membawa maksud saya,aku,kawe dan sebagainya(kata ganti diri yang pertama).
Namun lebih indahnya pergunaan kata diri ambo ini ialah sebenarnya ia merupakan merujuk sejarah penggunaan perkataan tersebut di awal peringkat penggunaannya.Menurut suatu sumber,ambo ini sebenarnya berasal dari perkataan Inggeris yang di Melayukan.Perkataan yang ambo maksudkan ialah daripada perkataan "Humble" yang membawa maksud seseorang yang bersifat rendah diri. Ini bukanlah membawa maksud yang diri ambo ini mempunyai perilaku yang sebegitu.Hanya cuma ambo mengambil kesempatan untuk menggunakan ganti diri ini bagi mewakili diri ambo kerana keindahan loghat Kelantan itu sendiri.
Di negeri ambo ini terdapat beberapa perkataan yang mewakili kata ganti diri pertama iaitu seperti 'ambo','kawe' dan 'oghe'..Jadi Kenapa Ambo? Melalui pemerhatian ambo sebagai seorang anak Kelantan,perkataan ambo banyak digunakan pakai dalam pertuturan harian dikalangan orang lelaki.Kebanyakkan pula membahasakan diri sebagai 'ambo' sebagai simbolik tanda hormat kepada si penerima. Untuk lebih memahami maksud perkataan 'kawe ' pula di negeri ambo,ambo suka merujuk ganti ganti diri 'aku' yang digunakan dalam bahasa pasar di negeri2 luar.Diharapkan penjelasan ringkas ini mudah difahami.Berikutnya ialah perkataan 'oghe',perkataan 'oghe' ini melalui pemerhatian ambo biasanya diguna pakai oleh golongan perempuan.Sebagai contoh,seorang anak perempuan lebih mesra untuk membahasakan dirinya sebagai 'oghe' dengan kedua ibubapanya ketika berada di rumah. Namun,meskipun begitu kata ganti diri yang lain seperti saya dan aku tetap digunakan di negeri ambo ini.Misalnya, rakyat Kelantan akan menggunakan ganti diri 'saya' semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah (guru & murid/pelajar). Selain pada itu,golongan kolar putih juga lebih selesa menggunakan kata ganti diri 'saya' dalam peruturan harian hanyacuma saya dibunyikan sabagai 'sa~yo' . Manakala,golongan muda(biasanya budak sekolah) di negeri ambo biasa menggunakan perkataan aku bagi mewakili diri mereka semasa perbualan harian.
Mungkin sumber yang ambo dapati boleh diragui,namun ambo sekadar berkongsi pengalaman/pendapat mengapa ambo suka menggunakan perkataan ambo bagi mewakili diri ambo.

No comments:

Post a Comment